Thursday, December 6, 2012

PINDAAN TARIKH DAN TEMPAT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR BIL 3/2012


Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Hulu Selangor Bil 3/2012 dipnda tarikh dan tempat mesyuarat seperti ketetapan berikut: 

          Tarikh : 12 Disember  2012 (Rabu)
          Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
          Tempat : Rumah Rehat, Kuala Kubu Bharu

Sehubungan dengan itu, Tuan Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tuan diminta hadir ke mesyuarat dengan membawa maklumat berikut:

a) Minit Mesyuarat JK Induk Kurikulum Sekolah Rendah dan Menengah Bil 2/2012 yang boleh   dimuat turun dari laman web PPD HS.(ppdhselangor/v1)
b) Melayari laman web PPDHS untuk maklumat selanjutnya.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Hjh. Hamidah bt Abdul Samad, Ketua Unit Pengurusan Akademik melalui talian 03-60645986. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Friday, November 23, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR BIL 3/2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor akan mengadakan mesyuarat seperti ketetapan yang berikut:
Masa    : 8.00 pagi - 4.30 petang (sarapan pagi dan makan tengahari disediakan)
Tempat : Bilik Mesyuarat PPDHS
Tarikh   : 13 Disember  2012 (Khamis)
Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut dengan membawa Minit Mesyuarat JK Induk Kurikulum Sekolah Rendah dan Menengah Bil 2/2012
Surat boleh dimuat turun dari laman web ini pada pautan berikut:
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Hjh. Hamidah bt Abdul Samad, Ketua Unit Pengurusan Akademik melalui talian 03-60645986.
Sekian, terima kasih

Wednesday, November 14, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH HULU SELANGOR BIL 3/2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor akan
mengadakan mesyuarat seperti ketetapan yang berikut:
                Tarikh : 20 November 2012 (Selasa)
                Masa   : 8.00 pagi - 4.30 petang (sarapan pagi dan makan tengahari disediakan)
               Tempat  : Bilik Mesyuarat PPDHS

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk menghadiri mesyuarat tersebut dengan membawa Minit Mesyuarat JK Induk Kurikulum Sekolah Rendah dan Menengah Bil 2 / 2012 yang boleh dimuat turun dari pautan di bawah.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Hjh. Hamidah bt Abdul Samad, Ketua Penolong PPD Akademik melalui talian 03-60645986

Pautan bahan:

Saturday, September 1, 2012

PERHIMPUNAN BULANAN, JAMUAN HARI RAYA DAN MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH PPDHS

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa PPDHS akan mengadakan Perhimpunan Bulanan, Jamuan Hari Raya dan Mesyuarat Pengurusan Sekolah seperti ketetapan berikut:

            Tarikh         :     6 September 2012 (Khamis)
            Tempat       :     Foyer dan Bilik Mesyuarat Utama, PPDHS
            Masa          :     08:00 pagi - 01:00 petang

Sehubungan dengan itu Tuan/Puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Sila muat turun Surat Jemputan untuk rujukan Tuan/Puan.

Sekian terima kasih.

KHAS BUAT SEMUA...


Tuesday, May 8, 2012

PROGRAM KLIK IT


Sukacita dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Program Klik IT sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh    :
12 Mei 2012 (Sabtu)

Masa     :
8.30 pg — 2.00 ptg

Tempat :
Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat


Malaysia, Kuala Kubu Bharu

Sehubungan dengan itu, seramai lima orang guru dari sekolah tuan dikehendaki hadir ke program tersebut.
Makan dan minum semasa kursus akan disediakan manakala tuntutan perjalanan akan dibayar dalam bentuk cenderahati oleh pihak penganjur
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pn Hjh Hamidah bt Abd Samad, Ketua Unit Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor melalui talian 0360645986. Kerjasama pihak tuan dalam menjayakan perkara ini amat dihargai.


PAUTAN SURAT ARAHAN (SILA KLIK)

PAUTAN TENTATIF (SILA KLIK)

SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT DALAM PROGRAM KLIK IT
TARIKH: 12 MEI 2012
TEMPAT: AUDITORIUM AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
1.  SMK KUALA KUBU BHARU
2.  SMK DATO HJ KAMARUDDIN
3.  SMK SYED MASHOR
4.  SMK BANDAR BARU BATANG KALI
5.  SAM TINGGI KUALA KUBU BHARU
6.  SMK KALUMPANG
7.  SMK SERENDAH
8.  SM SAINS HULU SELANGOR
9.  SMK SG CHOH
10.            SJKC KHING MING
11.            SJKT KUALA KUBU BHARU
12.            SK KUALA KUBU BHARU 1
13.            SK KUALA KUBU BHARU 2
14.            SK KUALA KUBU BHARU
15.            SK TUN ABD RAZAK
16.            SK BANDAR BARU BATANG KALI
17.            SK BATANG KALI
18.            SK ULU YAM BHARU
19.            SK KG KUANTAN
20.            SK ULU YAM LAMA

Wednesday, April 25, 2012

PENGUMPULAN DATA DASAR 60:40 HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.
2.         Sehubungan dengan itu, tuan adalah diminta untuk menghantar Data Dasar 60:40 bagi sekolah tuan (bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5) sama ada dalam bentuk CD iaitu“softcopy” dan “hardcopy” yang diisikan lengkap maklumat atau email kepadaakademikppdhs@gmail.com untuk tujuan penggabungan di peringkat daerah pada atau sebelum30 APRIL 2012.
3.         Bagi tujuan tersebut juga, sila muat turun bahan pada pautan di bawah:
  1. Surat Pekeliling 60:40
  2. Surat arahan pengisian borang Aplikasi
  3. Aplikasi Dasar 60:40
  4. Manual Penggunaan
4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Aznan Bin Kassan, Penolong PPD Sains &
Matematik di talian pejabat 03-6065 1102

Monday, April 23, 2012

Pelajar UPSI hadapi masalah kemurungan

IPOH: Pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat di kampus itu, kelmarin, menghadapi masalah kemurungan sebelum memasuki universiti sehingga ada kala terpaksa ditemani ahli keluarganya sepanjang berada di kampus.

Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, menafikan pelajar berkenaan menghadapi masalah akibat tekanan pembelajaran atau terkena gangguan makhluk halus di kampusnya.
“Arwah bukan menghadapi masalah ketika berada di UPSI, sebaliknya sebelum masuk universiti ini lagi.
“Sebelum ini tidak pernah ada kes pelajar menghadapi masalah akibat diganggu makhluk halus di universiti ini.

Tuesday, April 17, 2012

MAKLUMAT GURU DAN MURID SEKOLAH

SEGERA... BERIKUT DIMAKLUMKAN SEMUA SEKOLAH DIMINTA MEMUAT TURUN BORANG MAKLUMAT YANG PERLU DIISI SEGERA DAN DI EMAIL SEMULA KE ALAMAT EMAIL akademikppdhs@gmail.com SEBELUM ATAU PADA 19HB APRIL 2012.
PIHAK SEKOLAH BOLEH MEMUAT TURUN SURAT ARAHAN DAN BORANG BERKAITAN PADA PAUTAN DIBAWAH.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI EN.AZNAN DI UNIT AKADEMIK DI TALIAN PEJABAT 03-6065 1102
CATATAN PENTING: SILA TULIS NAMA SEKOLAH PADA EMAIL TUAN PUAN.
SEKIAN TERIMA KASIH

Tuesday, April 3, 2012

BAHAN KURSUS JSU BM 2 HINGGA 3 MAC 2012

Makluman buat peserta kursus Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu yang telah berlaku pada 2 hingga 3 Mac peringkat Daerah Hulu Selangor 2012.

Sila muat turun Bahan Kursus pada pautan berikut:



Saturday, March 10, 2012

PENGUMUMAN PM BERKAITAN PENJAWAT AWAM (8 Mac 2012 - 10.45 pagi)

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM yang ditambahbaik

Anugerah Maal Hijrah Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012

Dengan segala hormatnya surat dari Bahagian Pendidikan Islam, nombor rujukan KP(BPI)5206/3/9. 3A Jld. 11 (13) perkara di atas adalah dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan, Anugerah Maal Hijrah Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan mulai tahun 2012. Penyampaian Anugerah kali pertama kali ini akan diadakan dalam Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2012 di Auditorium Parcel E, Putrajaya.


Tuesday, March 6, 2012

MAKLUMAN BERKENAAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH SAPS MAC 2012

Kemasukan data Ujian 1 2012 sudah boleh dibuat. Mohon pastikan data murid sudah diimport terlebih dahulu dari APDM sebelum membuat sebarang pengemaskinian. Terima kasih.


Tuesday, February 21, 2012

SELAMAT DATANG PEGAWAI PPD

Warga PPD Hulu Selangor mengalu-alukan kedatangan


En Zainal Abidin b Mohd Yusof

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang dinaikkan pangkat jawatan menjadi Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Beliau bertugas di PPD Hulu Selangor bermula 21 Februari 2012.

Saturday, February 4, 2012

JADUAL PEMANTAUAN SEKOLAH 2012 TERKINI

Berikut adalah pautan jadual Pemantauan Sektor Akademik PPD Hulu Selangor bagi Tahun 2012.
Diharap semua sekolah berkenaan dapat memberikan kerjasama bagi memantapkan mutu dan kualiti Kurikulum di dalam daerah Hulu Selangor.

MAKLUMAN TERKINI SAPS DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2012

Berikut adalah Makluman penting untuk Pentadbir Sekolah bagi pengurusan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS.

Pihak Unit Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor meminta semua sekolah, agar dapat memuat turun dokumen berkaitan SAPS untuk perhatian dan tindakan pihak Sekolah bagi tahun 2012.

Wednesday, February 1, 2012

SURAT JEMPUTAN MESYUARAT KURIKULUM KEPADA PKG DAERAH HULU SELANGOR

Berikut, sukacita dimaklumakan, pihak PPD Hulu Selangor dengan rasa rendah hati menjemput Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Hulu Selangor untuk turut bersama mengikuti Mesyuarat Kurikulum Daerah Hulu Selangor Bil 1/2012

Tarikh : 09 Februari 2012 (Khamis)

Masa : 09.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PPDHS

Pautan Surat untuk pegawai berkenaan;

PKG Sungai Choh

PKG Kuala Kubu Bharu

PKG Kalumpang

PKG Kampung Soeharto

Tuesday, January 17, 2012

MAKLUMAT GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

Untuk semua Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sila muat turun borang ini, lengkapkan dan hantar semula kepada En. Abdul Razak bin Abdul Rashid (Sekolah Rendah) dan Pn. Hadiniah bt Ishak (Sekolah Menengah) sebelum atau pada 31 Januari 2012 (Selasa).

MESYUARAT JK INDUK KURIKULUM SM DAN SR

Makluman buat semua JK Induk Kurikulum Sekolah Menengah dan Rendah, berikut adalah pautan bagi Surat Panggilan Mesyuarat BIL1/2012, Minit dan Borang Maklum Balas Mesyuarat JK Induk Sekolah Menengah dan Rendah BIL.3/2011.

Thursday, January 12, 2012

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

Warga PPD Hulu Selangor mengucapkan "TAHNIAH" kepada:





TUAN HAJI ABDUL KHALID BIN JAAFAR

dinaikkan pangkat di JPN Selangor sebagai

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Selangor.

BLOG PENGURUSAN AKADEMIK