Dengan segala hormatnya surat dari Bahagian Pendidikan Islam, nombor rujukan KP(BPI)5206/3/9. 3A Jld. 11 (13) perkara di atas adalah dirujuki.
2. Sukacita dimaklumkan, Anugerah Maal Hijrah Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan mulai tahun 2012. Penyampaian Anugerah kali pertama kali ini akan diadakan dalam Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2012 di Auditorium Parcel E, Putrajaya.
3. Untuk makluman pihak tuan, enam (6) kategori anugerah disediakan:
3.1 Anugerah Maal Hijrah Kategori Pengurusan Pendidikan
3.2 Anugerah Maal Hijrah Kategori Pentadbiran Sekolah
3.3 Anugerah Maal Hijrah Kategori Guru
3.4 Anugerah Maal Hijrah Kategori Staff
3.5 Anugerah Maal Hijrah Kategori Murid Islam
3.6 Anugerah Maal Hijrah Kategori Murid Bukan Islam
4. Pihak tuan dipohon untuk menubuhkan Jawatankuasa pemilihan di peringkat sekolah untuk membuat pemilihan calon yang layak. Bilangan ahli Jawatankuasa adalah mengikut kesesuaian dan keperluan tuan.
5. Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor berharap agar pihak tuan dapat memaklumkan kepada warga sekolah di bawah tanggungjawab tuan berkenaan anugerah ini.
6. Senarai nama calon yang telah dipilih di peringkat Sekolah hendaklah diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Selangor selewat-lewatnya pada 2 Mei 2012.
7. Surat siaran dan borang-borang dan panduan pencalonan boleh didapati melalui pada pautan berikut:
7.0 Surat Siaran PPD Hulu Selangor
7.1 Borang AMH 1 : Kategori Pengurusan Pendidikan
7.2 Borang AMH 2 : Kategori Pentadbiran Sekolah
7.3 Borang AMH 3 : Kategori Guru
7.4 Borang AMH 4 : Kategori Staff
No comments:
Post a Comment