Wednesday, April 25, 2012

PENGUMPULAN DATA DASAR 60:40 HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.
2.         Sehubungan dengan itu, tuan adalah diminta untuk menghantar Data Dasar 60:40 bagi sekolah tuan (bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5) sama ada dalam bentuk CD iaitu“softcopy” dan “hardcopy” yang diisikan lengkap maklumat atau email kepadaakademikppdhs@gmail.com untuk tujuan penggabungan di peringkat daerah pada atau sebelum30 APRIL 2012.
3.         Bagi tujuan tersebut juga, sila muat turun bahan pada pautan di bawah:
  1. Surat Pekeliling 60:40
  2. Surat arahan pengisian borang Aplikasi
  3. Aplikasi Dasar 60:40
  4. Manual Penggunaan
4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Aznan Bin Kassan, Penolong PPD Sains &
Matematik di talian pejabat 03-6065 1102

Monday, April 23, 2012

Pelajar UPSI hadapi masalah kemurungan

IPOH: Pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut selepas terjatuh dari bangunan lima tingkat di kampus itu, kelmarin, menghadapi masalah kemurungan sebelum memasuki universiti sehingga ada kala terpaksa ditemani ahli keluarganya sepanjang berada di kampus.

Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, menafikan pelajar berkenaan menghadapi masalah akibat tekanan pembelajaran atau terkena gangguan makhluk halus di kampusnya.
“Arwah bukan menghadapi masalah ketika berada di UPSI, sebaliknya sebelum masuk universiti ini lagi.
“Sebelum ini tidak pernah ada kes pelajar menghadapi masalah akibat diganggu makhluk halus di universiti ini.

Tuesday, April 17, 2012

MAKLUMAT GURU DAN MURID SEKOLAH

SEGERA... BERIKUT DIMAKLUMKAN SEMUA SEKOLAH DIMINTA MEMUAT TURUN BORANG MAKLUMAT YANG PERLU DIISI SEGERA DAN DI EMAIL SEMULA KE ALAMAT EMAIL akademikppdhs@gmail.com SEBELUM ATAU PADA 19HB APRIL 2012.
PIHAK SEKOLAH BOLEH MEMUAT TURUN SURAT ARAHAN DAN BORANG BERKAITAN PADA PAUTAN DIBAWAH.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI EN.AZNAN DI UNIT AKADEMIK DI TALIAN PEJABAT 03-6065 1102
CATATAN PENTING: SILA TULIS NAMA SEKOLAH PADA EMAIL TUAN PUAN.
SEKIAN TERIMA KASIH

Tuesday, April 3, 2012

BAHAN KURSUS JSU BM 2 HINGGA 3 MAC 2012

Makluman buat peserta kursus Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu yang telah berlaku pada 2 hingga 3 Mac peringkat Daerah Hulu Selangor 2012.

Sila muat turun Bahan Kursus pada pautan berikut:



BLOG PENGURUSAN AKADEMIK