23/02/2012,
Perdana Menteri, dijangka membuat pengumuman mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri, dijangka membuat pengumuman mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA dalam tempoh terdekat.
Perkara itu di-maklumkan pada mesyuarat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wakil kongres kesatuan pekerja di dalam perkhidmatan awam, Cuepacs, petang tadi.
DATUK OMAR OSMAN/ PRESIDEN CUEPACS
Dia bagi gambaran, kita rasa gambaran dan penjelasan yang baik dan kita sedang menunggu dalam tempoh terdekat ini untuk membuat penjelasan dan kenyataan, sehubungan itu cuepacs akan adakan perhimpunan, beliau sendiri akan hadir.
Mesyuarat lebih sejam itu dihadiri sembilan pegawai tertinggi Cuepacs.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Datuk Omar, Cuepacs berpuas-hati dengan perbincangan yang diadakan itu.
Pihaknya juga akan menghormati sebarang keputusan yang bakal diumumkan.
Perbincangan bagaimana pun tidak membabitkan sebarang cadangan petugas khas yang kini melakukan semakan semula SBPA
Datuk Seri Najib juga katanya mendengar maklum balas anggota Cuepacs yang disampaikan pada siri jelajah dan penerangan di seluruh negara oleh badan induk kesatuan sektor awam itu.
Perhimpunan dengan lima belas ribu anggota Cuepacs itu yang akan dihadiri Datuk Seri Najib berlangsung 12 Mac depan di Bukit Jalil.
Petikan daripada:http://www.tv3.com.my/beritatv3
No comments:
Post a Comment