Tuesday, January 17, 2012

MAKLUMAT GURU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

Untuk semua Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sila muat turun borang ini, lengkapkan dan hantar semula kepada En. Abdul Razak bin Abdul Rashid (Sekolah Rendah) dan Pn. Hadiniah bt Ishak (Sekolah Menengah) sebelum atau pada 31 Januari 2012 (Selasa).

MESYUARAT JK INDUK KURIKULUM SM DAN SR

Makluman buat semua JK Induk Kurikulum Sekolah Menengah dan Rendah, berikut adalah pautan bagi Surat Panggilan Mesyuarat BIL1/2012, Minit dan Borang Maklum Balas Mesyuarat JK Induk Sekolah Menengah dan Rendah BIL.3/2011.

Thursday, January 12, 2012

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

Warga PPD Hulu Selangor mengucapkan "TAHNIAH" kepada:





TUAN HAJI ABDUL KHALID BIN JAAFAR

dinaikkan pangkat di JPN Selangor sebagai

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Selangor.

Monday, November 21, 2011

TAKWIM AKADEMIK 2012


Makluman buat semua sekolah Daerah Hulu Selangor, Takwim Pengurusan Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor bagi Tahun 2012 boleh dimuat turun sekarang. Berikut adalah pautan takwim berkenaan.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai di Unit Akademik di talian 03-60641881.

Friday, November 11, 2011

TAKLIMAT PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN, PEMBERIAN BAUCAR BUKU DAN PEMANSUHAN YURAN TAMBAHAN TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa taklimat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh...:......14 November 2011 (Isnin)

Masa....:......8.30 pagi

Tempat:......Bilik Mesyuarat Utama PPD Hulu Selangor

Sehubungan itu tuan Pengetua dan Guru Besar diminta hadir bersama.

Sila KLIK PAUTAN berikut untuk mendapatkan Garis Panduan Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Dan Pemberian Baucar Buku Tahun 2012 dan bawa bersama semasa taklimat dijalankan.

Garis Panduan

Berikut pautan surat arahan program di atas:

Surat Taklimat

BLOG PENGURUSAN AKADEMIK